May 31, 2009

Kuliah 29 May 2009 (Lec by Pn Norsakinah)

PENGUMPULAN DATA

Pengenalan
  1. Terdapat pelbagai teknik.
  2. Walaupun menggunakan pelbagai teknik yang baik,tidak menjanjikan kualiti dapatan kajian.
  3. Penyelidikan tindakan tidak akan menjadi kecuali ianya dilakukan dengan sempurna.
  4. Sehubungan dengan itu, usaha untuk memastikan kualiti yang tinggi dalam penyelidikan perlu dipelajari dengan gigih.
3 Sebab Perlu Capai Kualiti Tinggi
  1. Tanggungjawab kepada pelajar.
  2. Keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain.
  3. Keperluan untuk membuat tindakan dan berubah kepada perkara manfaat (menambah ilmu pengetahuan) dengan melakukan penyelidikan tindakan.
Kriteria Kualiti
  1. Serupa dengan kriteria jenis penyelidikan lain.
  2. 2 rukun sains dalam senarai penyelidik dalam kriteria kualiti ialah kesahan dan kebolehpercayaan.
  3. Kedua-dua konsep ini kritikal kepada kualiti penyeldikan tindakan.
Kesahan
  1. Merujuk kepada kebenaran data.
  2. Dengan mengetahui samada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena khusus yang dikaji. Cth : pencapaian pelajar-markah (mengukur pencapaian)+ temuduga.
Kebolehpercayaan
  1. Ketepatan data.
  2. Masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil.
  3. Sehubungan dengan itu, untuk penambahbaikan data penyeldidikan tindakan, kita perlu selalu tanye: adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat realiti? dan bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data. Cth: dalam pendidikan, kurang kebolehpercayaan kerana ingin penyeldikan yang mendalam (skop pendidikan).
5 Tahap Penyelidikan Tindakan

Tahap 1 : Mengenalpasti masalah
Tahap 2 : Merancang tindakan
Tahap 3 : Mengumpul data
Tahap 4 : Menganalisis data
Tahap 5 : Perancangan untuk tindakan seterusnya

Mengumpul Data
  1. Apakah jenis data kita perlu kumpul untuk menjawab persoalan kajian.
  2. Bagaimana kita hendak memastikan terdapat pelbagai perspektif.
Alat Pengumpulan Data
  1. Pemerhatian (video tape)
  2. Nota guru dan komen
  3. Kerja pelajar
  4. Refleksi pelajar dan kerja pelajar
  5. Jurnal pelajar
  6. Ujian
  7. Tinjauan soal selidik
  8. Temuduga (audio tape)
-kalau pencapaian - ujian dan maklumbalas guru serta pelajar
-kalau melibatkan budaya - maklumbalas ibu bapa

Tugasan : kemaskini bahagian pengumpulan data dalam proposal.

Seminar Pendidikan Serantau

May 30, 2009

Kuliah Minggu-6 (25 May 09)

Lec by : Puan Hjh Halimah Harun

Kajian tindakan : dilakukan untuk 'perubahan' dan juga untuk meningkatkan 'peningkatan' pelajar.

Aktiviti 1 : Pelajar telah diminta untuk menulis nama, no matriks, program dan maklumat tentang diri masing-masing seperti status, bidang sarjana muda masing-masing, universiti asal dll. Pelajar juga diminta menjawab beberapa soalan seperti berikut:
  1. mengapa anda ingin menjadi seorang guru?
  2. siapa guru yang paling disukai?kenapa?
  3. siapa guru yang tidak disukai?kenapa?
  4. apakah peranan/tugas seorang guru?
Akhir aktiviti, pelajar diminta melukis sebatang pokok dan tandatangan.

Ulasan pensyarah :
  1. Pokok yang dilukis akan melambangkan personaliti pelukisnya
  2. Tugas seorang guru adalah 'pemudahcara'/berkongsi ilmu.
Aktiviti 2 : Seterusnya pelajar diminta untuk bekerja berpasangan dan memberi ulasan tentang salah satu kajian tindakan yang telah dibentangkan dalam Seminar Serantau.

Apa?
Pembelajaran Matematika dengan Pendekatan Pemecahan Masalah untuk Meningkatkan Kemampuan Berpikir Kritis dan Kreatif Siswa Kelas V Sekolah Dasar Pekanbaru.

Kenapa?
Untuk mengetahui adakah terdapat perbezaan terhadap kemampuan berfikir kritis dan kreatif dalam matematik antara pelajar yang menggunakan pendekatan pemecahan masalah dan pelajar yang menggunakan kaedah biasa.

Bagaimana?
Kajian ini menggunakan kaedah penelitian eksperimen untuk menguji pendekatan yang digunakan terhadap proses P&P subjek matematik di dalam bilik darjah.

Prosedur?
Terdapat 2 sampel : kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.
Data diperoleh daripada ujian, pemerhatian dan juga soal selidik.

Kesimpulan?
Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kemampuan berfikir secara kritis dan kreatif terhadap pelajar yang memggunakan pendekatan pemecahan masalah dalam matematik dengan pelajar yang menggunakan pendekatan biasa.

Aktiviti 3
: Seterusnya pelajar diarahkan membentuk kumpulan yang terdiri daripada 5 orang pelajar untuk tugasan menyediakan proposal kajian tindakan.

Tajuk proposal : Meningkatkan Pencapaian Pelajar Tingkatan Tiga dalam Subjek Sejarah melalui Kaedah Lakonan.

Ahli kumpulan : Syaidatul Haini Mohd Radzi (P48676)
Saw Ying Yu (P48662)
Rasyidatun Naja Isa (P48623)
Nurkhalisah Mustapa (P48600)
Asparila Che Mat (P48577)

May 24, 2009

Ulasan buku (Tugasan 1) Nama Pengarang : Lin S.Norton
Tajuk Buku : Action Research in Teaching and Learning (A practical guide to conducting pedagogical research in universities)
Tahun Terbitan : 2009
Nama Penerbit :Routledge
Negeri Penerbit :London

May 18, 2009

Tugasan 2 (Ulasan & Analisis Artikel Jurnal Kajian Tindakan

  • 3 artikel jurnal luar negara yang memerihalkan kajian tindakan yang telah dilakukan dalam pendidikan
  • Lakukan perbandingan (persamaan&perbezaan), penganalisaan, penilaian, perumusan dan pensintesisan dari segi sampel, setting, prosedur kajian, pengumpulan dan penganalisaan data yang dilakukan oleh penulis.
  • disokong dengan sumber bacaan lain - buku kajian tindakan (tugasan 1)
Jurnal 1 (approved)
Tajuk : Action Research in initial teacher education : an explorative study
Penulis : Jan Ax, Petra Ponte dan Niels Brouwer

Jurnal 2 (approved)
Tajuk : Teachers in Action Research : assumptions and potentials
Penulis : Yuen-Ling Li

Jurnal 3
Tajuk : Promoting the development of a supportive learning environment through action research from the 'middle out'.
Penulis : David Hodgson, Steve May dan Diane Marks-Maran

May 13, 2009

Kuliah 4 : Kajian Kepustakaan

Apa itu Kajian Kepustakaan?

  • Sorotan (review) ke atas bahan-bahan literatur seperti buku dan jurnal.
  • Dilakukan secara kritikal ke atas poin-poin yang dikemukakan.
  • Memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi.
Elemen-elemen penting dalam membuat Kajian Kepustakaan

  • Membanding & Membeza
  1. Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.
  2. Digunakan apabila: terdapat 2 atau lebih ciri atau kemungkinan dan buat pilihan atau keputusan.
  3. Langkah penggunaan:
  • perhati dan berikan tumpuan kepada 1 atau beberapa ciri kajian tindakan (sampel, setting, prosedur, pengumpulan dan penganalisaan data)
  • kenal pasti ciri kajian tindakan itu.
  • Menganalisis
  1. Mengolah maklumat dengan huraiannya kepada bahagian yang kecil bagi memahami konsep atau peristiwa dan makna tersirat.
  2. Untuk kenal bahagian-bahagian, memahami hubung kait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat.
  3. Menganalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.
  • Menilai
  1. Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.
  2. Kemahiran digunakan untuk membuat keputusan bagi memilih sesuatu atau menerima/menolak sesuatu idea.
  • Membuat kesimpulan
  1. Pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau kukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
  2. Digunakan untuk membuat keputusan, terangkan sesuatu, ramal dan sokong pernyataan.
  • Mensistesis
  1. Menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk hasilkan gambaran yang mnyeluruh dalam bentuk pernyataan.
Rujukan lanjut : www.3metaku.com

May 12, 2009

Aktiviti 3 : Kumpulan

Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaiannya.

Sebab-sebab:
  1. Mengganggu zon selesa (comfort zone).
  2. Mengganggu rutin harian atau aktiviti yang biasa dilakukan.
  3. Mempunyai persepsi yang berbeza terhadap sesuatu perubahan.
  4. Takut memcuba benda baru kerana khuatir gagal (tidak berani menanggung risiko)
  5. Ragu-ragu terhadap kesan perubahan.
  6. Berfikiran konservatif (tidak mahu cuba atau terima benda baru)
  7. Tiada atau kurang pengetahuan terhadap perubahan yang diperkenalkan.
  8. Menganggap perubahan merubakan sesuatu yang kompleks dan sukar difahami.
Cara penyelesaiannya:
  1. Pendedahan kepada perkembangan semasa.
  2. Sentiasa berfikiran terbuka dan bersedia menerima benda baru.
  3. Berani mencuba dan bersedia menanggung risiko.
  4. Bersedia berkongsi dan menerima pendapat orang lain.
  5. Mengumpul data dan maklumat untuk meningkatkan pengetahuan terhadap sesuatu perubahan yang diperkenalkan.
Ahli Kumpulan:
  • Syaidatul Haini Mohd Radzi P48676
  • Saw Ying Yu P48662
  • Tan Sin Yee P48643

May 10, 2009

Kuliah 3: PENGURUSAN PERUBAHAN DLM PENDIDIKAN

Konsep Perubahan

• Pendidikan telah, sedang & akan menjadi faktor paling utama untuk sediakan manusia menghadapi cabaran masa depan (perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan).

• Oliver (1996) : perubahan didapati menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.

• Kadangkala melibatkan ketidakpastian, dan perlu dielakkan kerana ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda.

Jenis Perubahan (Dessier (1995))

1. Perubahan ke arah peningkatan-beri kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi:

• berlaku perubahan dalam struktur organisasi

• memperkenalkan teknologi baru

2. Perubahan strategik organisasi-melibatkan keseluruhan organisasi seperti:

• mendefinisikan semula peranan organisasi

• pembentukan semula misi

3. Perubahan reaktif-perubahan berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan dan pihak berkepentingan (stakeholders):

• kepekaan pelanggan dan stakeholders terhadap isu-isu persekitaran dan etika memerlukan organisasi melakukan perubahan.

• perubahan dari segi prosedur dan cara layanan pelanggan hendaklah dilakukan.

4. Perubahan akibat daripada jangkaan-perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh
desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang
perlu diadakan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetitif. Antara
sebab perubahan ini:

• persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul

• persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas kehendak pelanggan.

• penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah.

Perubahan adalah Kompleks

-dikaitkan dengan proses evolusi dan revolusi

• Evolusi : perubahan yang hasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang. Akan sebabkan perubahan yang ketara dalam status quo.

• Revolusi : Perubahan yang pantas dan akan meninggalkan kesan yang membinasakan.

-komplesiti atau kerumitan perubahan merupakan fokus bagi mendapatkan maklumat tentang
perubahan dan tindakan yan perlu diambil untuk mengimplikasi perubahan.

Perubahan itu Multidimensi

-Sebarang keputusan untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan.

-Antara pertimbangan -untuk mengenalpasti semua dimensi yang berkaitan dengan perubahan.

-Ada 6 dimensi yang perlu difahami:

Dimensi 1 : Tujuan Perubahan

• Perubahan dirancang untuk capai tujuan tertentu.

• Antara tujuan perubahan adalah untuk mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau sistem.

• Perubahan dalam suatu sistem sedia ada melibatkan 2 jenis pindaan:

Perubahan peringkat pertama (1st order change):

1. Perubahan yang dibuat untuk kembali kepada keadaan asal yang diinginkan.

2. Perubahan yang dibuat untuk meningkatkan pencapaian atau keadaan sistem tanpa mengubahnya.

Perubahan peringkat kedua (2nd order change):

1. Melibatkan pindaan yang drastik dalam aspek sesuatu sistem seperti matlamat,kedudukan dan corak perhubungan sistem tersebut (Barrot&Raybould 1998). Contoh : Pembestarian sekolah.

Dimensi 2 : Unit Perubahan

• Merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang.

• Unit-unit perubahan terdiri daripada:

1. individu
2. kumpulan/pasukan
3. jabatan
4. organisasi
5. sistem organisasi
6. komuniti

• Dalam mengimplementasikan perubahan,unit perubahan akan beranjak daripada individu (unit yang kecil) kepada organisasi (unit yang lebih besar).

Dimensi 3 : Sifat Perubahan

• Daft (1983) : Untuk menghasilkan perubahan pada unit yang lebih besar (peringkat organisasi), perubahan pada peringkat yang lebih kecil (peringkat individu).

• Mengubah seseorang individu mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap,tingkah laku atau kedua-duanya sekali.

Dimensi 4 : Magnitud (saiz) Perubahan

• merujuk kepada sejauhmana perubahan yang dirancang akan diimplementasikan

• istilah seperti perubahan yang komprehensif, sistematik dan dalam skala yang besar sering dikaitkan dengan usaha-usaha untuk melakukan perubahan yang memberi impak besar.

• (Chambers 1977), perubahan dalam skala besar akan memberi hasilan yang menarik tetapi sukar diimplemantasikan. Manakala, perubahan dalam skala kecil adalah lebih mudah diimplementasikan tetapi tidak menunjukkan impak yang signifikan.

• ***Chaos theory:ketidaktentuan dalam perubahan (terbaru)

Dimensi 5 : Skop Perubahan

• Skop terhadap sejauhmana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian.

• Hall&Hord (2001) telah menghasilkan satu instrumen tahap-tahap penggunaan inovasi yang digunakan untuk mengenalpasti respons individu terhadap sesuatu perubahan sikap dan amalan.

Dimensi 6 : Jangkamasa Perubahan

• Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa perubahan yang memberi kesan berkekalan merupakan perubahan yang berjaya diimplementasikan berbanding perubahan yang memberi kesan sementara.

• Ada pandangan berbeza dari segi hubungan masa dan kesan perubahan.

• Kottler (2001) dalam kajian terapi jangka pendek telah mengenalpasti 3 jenis perubahan yang dilalui oleh pelanggannya:

1. perubahan yang berlaku secara spontan tidak beri kesan yang mendalam. Sikap dan amalan seseorang itu akan kembali kepada asal setelah kesan perubahan luput.

2. perubahan minima dikecapi setelah melalui penentangan awal.

3.perubahan yang berterusan merupakan perubahan yang stabil, progresif dan kekal.

• Chambers(1977) : perubahan itu berbentuk kitaran di mana setiap kitaran perubahan dijangka berakhir dalam tempoh 10-15 tahun. Setiap kitaran bermula dengan tekanan dan diikuti dengan pengubahsuaian terhadap perubahan yang diimplementasikan.

Model-Model Perubahan

1. Model Penggabungan Roger

• Proses inovasi bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenalpasti.

• Masalah atau keperluan ini mungkin berdasarkan penyelidikan keadaan semasa, kerja makmal atau jangkaan pembangunan akan datang.

• Apabila masalah atau keperluan tersebut telah dikenalpasti, penyelidik akan menyiasat permasalahan itu dan bagaimana ia akan diselesaikan. Fasa ini melibatkan eksperimen dan ciptaan yang banyak. Seterusnya menghasilkan inovasi.

• Rogers (1995) mengakui bahawa inovasi tidak semestinya terhasil dari penyelidikan tetapi mungkin juga terhasil daripada amalan praktikal di mana pengamal mencari jawapan kepada permasalahan yang timbul.

• Perkara ini dikatakan sebagai knowing-in-action iaitu inovasi yang dihasilkan melalui pengamalan menjadi penting di dalam perubahan pendidikan.

2. Model Kanter

• (1998) : Struktur dan inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagikan kepada beberapa ugas utama.

• Ada 4 tugas inovasi:

1. penjanaan idea
2. membina idea
3. realisasi idea
4. pemindahan idea

3. Model Rand

• Berasaskan kajian yang dijalankan oleh Rand Corp. pada tahun 1973-1978.

• Tujuan utama : untuk menentukan faktor yang sebabkan atau menghalang perubahan pendidikan.

• Memandu ke arah pengumpulan data dan analisis.

• Menurut Berman&McLaughlin, proses perubahan di sekolah melibatkan 3 langkah:

1. Daya usaha (initiation)
2. Implementasi-kena banyak pemantauan, pencerapan.
3. Penggabungan-perubahan digabungkan dengan amalan sedia ada.

4. Model Acot

• Berdasarkan Projek Apple Classroom of Tomorrow (ACOT), kajian pengenalan komputer di bilik darjah.

• Pengkaji membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam P&P telah berkembang secara beransur-ansur.

• Ada 5 langkah perubahan dalam proses P&P:

1. Kemasukan (entry)
2. Memilih (adoption)
3. Menyesuaikan (adaptation)
4. Penggunaan (appropriation)
5. Merekacipta (invention)

May 7, 2009

Tugasan 1 (Maklumat buku)

Nama Pengarang : Lin S.Norton
Tajuk Buku : Action Research in Teaching and Learning (A practical guide to conducting
pedagogical research in universities)
Tahun Terbitan : 2009
Nama Penerbit :Routledge
Negeri Penerbit :London

May 4, 2009

Action Research Models


  • Kemmis

  • Coghlan and Brannick

  • Elliott

  • Ebbutt