Jun 14, 2009

Kuliah Ganti Puan Sakinah (9 Jun 09)

ANALISIS DATA

- Proses gunakan data untuk berikan maklumat berguna untuk cadangkan kesimpulan dan sokong
keputusan. Pastikan ada sekurang-kurangnya 3 atau lebih jenis data untuk dianalisis.
- Data kualitatif dan kuantitatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membenatu proses
analisis.
- Cari pola dan kategori, persamaan, terangkan trend dan pertanyaan, katalogkan pemerhatian,
bilang dan bandingkan dan buat anggaran.


Langkah Analisis Data Kualitatif

1. Langkah pertama

- Tengok secara lalu maklumbalas
- Ambil nota atas tema yang muncul, isu atau faktor yang kamu dengar
- Cari item yang berulang atau penting

2. Langkah kedua

- Pilih 3 atau 4 tema/kategori yang muncul dan bina matriks
- Cuba buat carta bukti berkaitan dengan tema utama.
- Tempatkan tema kategori di atas dan senaraikan pelajar ditepinya.
- Kamu mungkin guna warna kod untuk setiap kategori yang berlainan.

3. Langkah ketiga

- Jika boleh, bincang tinjauan dengan pendidik lain.
- Baca tinjauan (soal selidik), highlight kata kunci yang berkaitan dengan tema/kategori yang telah dikenalpasti.
- Seterusnya rekodkan dapatan dalam kotak bersesuaian dalam carta matriks yang kamu
bina.

4. Langkah keempat

- Tanya (apa yang telah saya dapat)
- Rekod pemerhatian pada yang muncul semasa kamu lihat matriks - pola konsep dan pola
sikap.
- Tulis/rekod pemerhatian bawah matriks (bawah carta matriks)
Contoh : 2 orang pelajar (siapa yang cakap banyak)
Takut sentiasa disebut beberapa kali
Sokongan bahan jurnal

5. Langkah kelima

- Apa kesimpulan yang boleh kita buat
- Rekod kesimpulan samada bawah matriks atau atas kertas yang berlainan

6. Langkah keenam

- Apa langkah seterusnya yang boleh dibuat?
  1. Tinjauan (soal selidik lain)/temubual/penilaian
  2. Semakan semula persoalan kajian
  3. Bina modul/aktiviti
*Jangan lupa rekod apa yang dibuat dalam matriks
*Apakah maklumat yang masih diperlukan
  1. atas pelajar
  2. atas kaedah
  3. maklumat latar belakang
Kegunaan Data dalam Plan-Do-Study-Act Cycle

Plan
  1. Nilai dan ringkaskan semua data yang kita ada
  2. Analisis dan kenalpasti tema utama
  3. Kenalpasti sumber data yang akan memberikan ukuran progress penambahbaikan
Do
  1. Kumpul data
  2. Buat kajian rintis untuk memastikan strategi pengukuran dipenuhi
Study
  1. Analisis data yang telah dikumpulkan dan buat kesimpulan
Act
  1. Kenalpasti soalan tambahan
  2. Rancang untuk penambahbaikan berterusan
  3. Mengumpulkan data dan analisis data merupakan proses berterusan dalam penyelidikan tindakan
  4. Kita mungkin tidak dapat keputusan yang kita kehendaki, tetapi tidak usah risau
  5. Dapatan kajian bertujuan untuk beri panduan dan memperbaiki pengajaran kita seterusnya
Ringkasan Data Analisis

Panduan
  1. rekabentuk pendidikan sistematik, simpan semua data
  2. cuba faham, maklumat yang ingin disampaikan oleh data
  3. cari tema dan pola
  4. susun data berdasarkan apa yang kamu pelajari daripada data
  5. masukkan semua data, termasuk data yang tidak menyokong apa yang kita cari
  6. baca dan baca data lebih daripada sekali
  7. bina imej visual
  8. tulis nota ringkas untuk diri sendiri
  9. kongsi dapatan, perbincangan akan timbulkan soalan baru
  10. let data speaks to you
Proses analisis data
  1. analisis semua data dan buat nota sepanjang masa
  2. cari tema dan pola
  3. ringkaskan tema kepada 3-5 idea
  4. lihat kembali data dan semak tema-tema yang telah dibuat
  5. bina subtema jika perlu
  6. simpan nota secara berterusan, malah dapatan kadangkala boleh mengejutkan kita
  7. semak maklumat untuk cari idea yang kerap atau dominan muncul
  8. kenalpasti pola utama
  9. cari maklumat untuk sokong dapatan kajian

Kuliah Minggu-8 (Hjh Halimah Harun)

Dalam kuliah minggu ini, 7 kumpulan telah dipilih untuk berkongsi tentang proposal kajian tindakan mereka.

Berikut adalah guide untuk proposal kajian tindakan yang diberikan oleh pensyarah:

BAB 1 : Rasional (kenapa kajian dibuat?)
Tujuan ( untuk apa kajian dibuat)
Objektif
Persoalan kajian

BAB 2 : Kajian Literatur (latar belakang, kajian lepas, contoh dan rujukan)

BAB 3 : Prosedur kajian
- RH
- Contoh abm
-langkah-langkah kajian yang digunakan

BAB 4 : Pengumpulan Data

*Pemerhatian dan persoalan kajian-wajib dalam kajian tindakan

Jun 1, 2009

Kuliah Minggu 7 (Hjh Halimah Harun) 1 Jun 2009

Pembentukan Pernyataan Masalah & Tujuan/Objektif/Persoalan Kajian

Pada minggu ini 5 kumpulan telah diminta untuk membentangkan proposal Kajian Tindakan mereka.

Pembentangan 1 : Meningkatkan Penghayatan Pelajar dalam Subjek Sejarah melalui Kaedah Komik
  1. 'Penghayatan' tidak boleh diukur
  2. Penghayatan boleh ditukarkan kepada minat
Pembentangan 2 : Meningkatkan Prestasi Pelajar dalam Pembelajaran Kesusasteraan Melayu berdasarkan Pertandingan melalui Aktiviti Mencari Harta Karun
  1. Pendekatan yang baik dan bagus untuk diimplementasikan di sekolah
  2. Kaedah ini juga mampu mencungkil kreativiti pelajar seperti mencipta puisi, skrip dan persembahan.
Pembentangan 3 : Meningkatkan Penggunaan Kata Kunci melalui Kaedah Rekacipta Lagu dalam Mata Pelajaran Biologi Tingkatan 4
  1. Cadangan pensyarah : tajuk perlu dispesifikkan iaitu Penggunaan Kata Kunci melalui Kaedah Rekacipta Lagu untuk Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan dalam Mata Pelajaran Biologi Tingkatan 4
Pembentangan 4 : Meningkatkan Kemahiran Menyangga Bola dalam Permainan Bola Tampar
  1. Bukan kajian tindakan kerana kemahiran boleh ditingkatkan dengan latih tubi.
  2. Pelajar diminta menukar idea.
Pembentangan 5 : Meningkatkan Penguasaan Sebutan Bahasa Inggeris dalam Pelajar Tahun 2
  1. Pendekatan yang positif kerana ia dapat menarik minat pelajar menerusi pelbagai kaedah yang menarik (Smart Reader, peer teaching,song).
  2. Ia juga mampu menambah keyakinan pelajar dalam bahasa Inggeris.
Aktiviti : Pelajar diminta untuk menulis tentang luahan hati mereka mengenai Kajian Tindakan setelah mengikuti kuliah ini selama 7 minggu.

Tugasan: Pelajar diminta untuk menambahbaik proposal terutamanya tentang pengumpulan data dan penganalisisan data.