May 10, 2009

Kuliah 3: PENGURUSAN PERUBAHAN DLM PENDIDIKAN

Konsep Perubahan

• Pendidikan telah, sedang & akan menjadi faktor paling utama untuk sediakan manusia menghadapi cabaran masa depan (perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan).

• Oliver (1996) : perubahan didapati menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.

• Kadangkala melibatkan ketidakpastian, dan perlu dielakkan kerana ia akan meruntuhkan masa depan generasi muda.

Jenis Perubahan (Dessier (1995))

1. Perubahan ke arah peningkatan-beri kesan kepada komponen-komponen tertentu dalam organisasi:

• berlaku perubahan dalam struktur organisasi

• memperkenalkan teknologi baru

2. Perubahan strategik organisasi-melibatkan keseluruhan organisasi seperti:

• mendefinisikan semula peranan organisasi

• pembentukan semula misi

3. Perubahan reaktif-perubahan berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan dan pihak berkepentingan (stakeholders):

• kepekaan pelanggan dan stakeholders terhadap isu-isu persekitaran dan etika memerlukan organisasi melakukan perubahan.

• perubahan dari segi prosedur dan cara layanan pelanggan hendaklah dilakukan.

4. Perubahan akibat daripada jangkaan-perubahan dilakukan bukan disebabkan oleh
desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang
perlu diadakan bagi memastikan organisasi memperoleh kebaikan kompetitif. Antara
sebab perubahan ini:

• persiapan menghadapi pesaing baru yang akan muncul

• persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas kehendak pelanggan.

• penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah.

Perubahan adalah Kompleks

-dikaitkan dengan proses evolusi dan revolusi

• Evolusi : perubahan yang hasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang. Akan sebabkan perubahan yang ketara dalam status quo.

• Revolusi : Perubahan yang pantas dan akan meninggalkan kesan yang membinasakan.

-komplesiti atau kerumitan perubahan merupakan fokus bagi mendapatkan maklumat tentang
perubahan dan tindakan yan perlu diambil untuk mengimplikasi perubahan.

Perubahan itu Multidimensi

-Sebarang keputusan untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan.

-Antara pertimbangan -untuk mengenalpasti semua dimensi yang berkaitan dengan perubahan.

-Ada 6 dimensi yang perlu difahami:

Dimensi 1 : Tujuan Perubahan

• Perubahan dirancang untuk capai tujuan tertentu.

• Antara tujuan perubahan adalah untuk mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau sistem.

• Perubahan dalam suatu sistem sedia ada melibatkan 2 jenis pindaan:

Perubahan peringkat pertama (1st order change):

1. Perubahan yang dibuat untuk kembali kepada keadaan asal yang diinginkan.

2. Perubahan yang dibuat untuk meningkatkan pencapaian atau keadaan sistem tanpa mengubahnya.

Perubahan peringkat kedua (2nd order change):

1. Melibatkan pindaan yang drastik dalam aspek sesuatu sistem seperti matlamat,kedudukan dan corak perhubungan sistem tersebut (Barrot&Raybould 1998). Contoh : Pembestarian sekolah.

Dimensi 2 : Unit Perubahan

• Merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang.

• Unit-unit perubahan terdiri daripada:

1. individu
2. kumpulan/pasukan
3. jabatan
4. organisasi
5. sistem organisasi
6. komuniti

• Dalam mengimplementasikan perubahan,unit perubahan akan beranjak daripada individu (unit yang kecil) kepada organisasi (unit yang lebih besar).

Dimensi 3 : Sifat Perubahan

• Daft (1983) : Untuk menghasilkan perubahan pada unit yang lebih besar (peringkat organisasi), perubahan pada peringkat yang lebih kecil (peringkat individu).

• Mengubah seseorang individu mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap,tingkah laku atau kedua-duanya sekali.

Dimensi 4 : Magnitud (saiz) Perubahan

• merujuk kepada sejauhmana perubahan yang dirancang akan diimplementasikan

• istilah seperti perubahan yang komprehensif, sistematik dan dalam skala yang besar sering dikaitkan dengan usaha-usaha untuk melakukan perubahan yang memberi impak besar.

• (Chambers 1977), perubahan dalam skala besar akan memberi hasilan yang menarik tetapi sukar diimplemantasikan. Manakala, perubahan dalam skala kecil adalah lebih mudah diimplementasikan tetapi tidak menunjukkan impak yang signifikan.

• ***Chaos theory:ketidaktentuan dalam perubahan (terbaru)

Dimensi 5 : Skop Perubahan

• Skop terhadap sejauhmana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian.

• Hall&Hord (2001) telah menghasilkan satu instrumen tahap-tahap penggunaan inovasi yang digunakan untuk mengenalpasti respons individu terhadap sesuatu perubahan sikap dan amalan.

Dimensi 6 : Jangkamasa Perubahan

• Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa perubahan yang memberi kesan berkekalan merupakan perubahan yang berjaya diimplementasikan berbanding perubahan yang memberi kesan sementara.

• Ada pandangan berbeza dari segi hubungan masa dan kesan perubahan.

• Kottler (2001) dalam kajian terapi jangka pendek telah mengenalpasti 3 jenis perubahan yang dilalui oleh pelanggannya:

1. perubahan yang berlaku secara spontan tidak beri kesan yang mendalam. Sikap dan amalan seseorang itu akan kembali kepada asal setelah kesan perubahan luput.

2. perubahan minima dikecapi setelah melalui penentangan awal.

3.perubahan yang berterusan merupakan perubahan yang stabil, progresif dan kekal.

• Chambers(1977) : perubahan itu berbentuk kitaran di mana setiap kitaran perubahan dijangka berakhir dalam tempoh 10-15 tahun. Setiap kitaran bermula dengan tekanan dan diikuti dengan pengubahsuaian terhadap perubahan yang diimplementasikan.

Model-Model Perubahan

1. Model Penggabungan Roger

• Proses inovasi bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenalpasti.

• Masalah atau keperluan ini mungkin berdasarkan penyelidikan keadaan semasa, kerja makmal atau jangkaan pembangunan akan datang.

• Apabila masalah atau keperluan tersebut telah dikenalpasti, penyelidik akan menyiasat permasalahan itu dan bagaimana ia akan diselesaikan. Fasa ini melibatkan eksperimen dan ciptaan yang banyak. Seterusnya menghasilkan inovasi.

• Rogers (1995) mengakui bahawa inovasi tidak semestinya terhasil dari penyelidikan tetapi mungkin juga terhasil daripada amalan praktikal di mana pengamal mencari jawapan kepada permasalahan yang timbul.

• Perkara ini dikatakan sebagai knowing-in-action iaitu inovasi yang dihasilkan melalui pengamalan menjadi penting di dalam perubahan pendidikan.

2. Model Kanter

• (1998) : Struktur dan inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagikan kepada beberapa ugas utama.

• Ada 4 tugas inovasi:

1. penjanaan idea
2. membina idea
3. realisasi idea
4. pemindahan idea

3. Model Rand

• Berasaskan kajian yang dijalankan oleh Rand Corp. pada tahun 1973-1978.

• Tujuan utama : untuk menentukan faktor yang sebabkan atau menghalang perubahan pendidikan.

• Memandu ke arah pengumpulan data dan analisis.

• Menurut Berman&McLaughlin, proses perubahan di sekolah melibatkan 3 langkah:

1. Daya usaha (initiation)
2. Implementasi-kena banyak pemantauan, pencerapan.
3. Penggabungan-perubahan digabungkan dengan amalan sedia ada.

4. Model Acot

• Berdasarkan Projek Apple Classroom of Tomorrow (ACOT), kajian pengenalan komputer di bilik darjah.

• Pengkaji membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam P&P telah berkembang secara beransur-ansur.

• Ada 5 langkah perubahan dalam proses P&P:

1. Kemasukan (entry)
2. Memilih (adoption)
3. Menyesuaikan (adaptation)
4. Penggunaan (appropriation)
5. Merekacipta (invention)

No comments:

Post a Comment