May 30, 2009

Kuliah Minggu-6 (25 May 09)

Lec by : Puan Hjh Halimah Harun

Kajian tindakan : dilakukan untuk 'perubahan' dan juga untuk meningkatkan 'peningkatan' pelajar.

Aktiviti 1 : Pelajar telah diminta untuk menulis nama, no matriks, program dan maklumat tentang diri masing-masing seperti status, bidang sarjana muda masing-masing, universiti asal dll. Pelajar juga diminta menjawab beberapa soalan seperti berikut:
  1. mengapa anda ingin menjadi seorang guru?
  2. siapa guru yang paling disukai?kenapa?
  3. siapa guru yang tidak disukai?kenapa?
  4. apakah peranan/tugas seorang guru?
Akhir aktiviti, pelajar diminta melukis sebatang pokok dan tandatangan.

Ulasan pensyarah :
  1. Pokok yang dilukis akan melambangkan personaliti pelukisnya
  2. Tugas seorang guru adalah 'pemudahcara'/berkongsi ilmu.
Aktiviti 2 : Seterusnya pelajar diminta untuk bekerja berpasangan dan memberi ulasan tentang salah satu kajian tindakan yang telah dibentangkan dalam Seminar Serantau.

Apa?
Pembelajaran Matematika dengan Pendekatan Pemecahan Masalah untuk Meningkatkan Kemampuan Berpikir Kritis dan Kreatif Siswa Kelas V Sekolah Dasar Pekanbaru.

Kenapa?
Untuk mengetahui adakah terdapat perbezaan terhadap kemampuan berfikir kritis dan kreatif dalam matematik antara pelajar yang menggunakan pendekatan pemecahan masalah dan pelajar yang menggunakan kaedah biasa.

Bagaimana?
Kajian ini menggunakan kaedah penelitian eksperimen untuk menguji pendekatan yang digunakan terhadap proses P&P subjek matematik di dalam bilik darjah.

Prosedur?
Terdapat 2 sampel : kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.
Data diperoleh daripada ujian, pemerhatian dan juga soal selidik.

Kesimpulan?
Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kemampuan berfikir secara kritis dan kreatif terhadap pelajar yang memggunakan pendekatan pemecahan masalah dalam matematik dengan pelajar yang menggunakan pendekatan biasa.

Aktiviti 3
: Seterusnya pelajar diarahkan membentuk kumpulan yang terdiri daripada 5 orang pelajar untuk tugasan menyediakan proposal kajian tindakan.

Tajuk proposal : Meningkatkan Pencapaian Pelajar Tingkatan Tiga dalam Subjek Sejarah melalui Kaedah Lakonan.

Ahli kumpulan : Syaidatul Haini Mohd Radzi (P48676)
Saw Ying Yu (P48662)
Rasyidatun Naja Isa (P48623)
Nurkhalisah Mustapa (P48600)
Asparila Che Mat (P48577)

No comments:

Post a Comment