Jun 1, 2009

Kuliah Minggu 7 (Hjh Halimah Harun) 1 Jun 2009

Pembentukan Pernyataan Masalah & Tujuan/Objektif/Persoalan Kajian

Pada minggu ini 5 kumpulan telah diminta untuk membentangkan proposal Kajian Tindakan mereka.

Pembentangan 1 : Meningkatkan Penghayatan Pelajar dalam Subjek Sejarah melalui Kaedah Komik
  1. 'Penghayatan' tidak boleh diukur
  2. Penghayatan boleh ditukarkan kepada minat
Pembentangan 2 : Meningkatkan Prestasi Pelajar dalam Pembelajaran Kesusasteraan Melayu berdasarkan Pertandingan melalui Aktiviti Mencari Harta Karun
  1. Pendekatan yang baik dan bagus untuk diimplementasikan di sekolah
  2. Kaedah ini juga mampu mencungkil kreativiti pelajar seperti mencipta puisi, skrip dan persembahan.
Pembentangan 3 : Meningkatkan Penggunaan Kata Kunci melalui Kaedah Rekacipta Lagu dalam Mata Pelajaran Biologi Tingkatan 4
  1. Cadangan pensyarah : tajuk perlu dispesifikkan iaitu Penggunaan Kata Kunci melalui Kaedah Rekacipta Lagu untuk Meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan dalam Mata Pelajaran Biologi Tingkatan 4
Pembentangan 4 : Meningkatkan Kemahiran Menyangga Bola dalam Permainan Bola Tampar
  1. Bukan kajian tindakan kerana kemahiran boleh ditingkatkan dengan latih tubi.
  2. Pelajar diminta menukar idea.
Pembentangan 5 : Meningkatkan Penguasaan Sebutan Bahasa Inggeris dalam Pelajar Tahun 2
  1. Pendekatan yang positif kerana ia dapat menarik minat pelajar menerusi pelbagai kaedah yang menarik (Smart Reader, peer teaching,song).
  2. Ia juga mampu menambah keyakinan pelajar dalam bahasa Inggeris.
Aktiviti : Pelajar diminta untuk menulis tentang luahan hati mereka mengenai Kajian Tindakan setelah mengikuti kuliah ini selama 7 minggu.

Tugasan: Pelajar diminta untuk menambahbaik proposal terutamanya tentang pengumpulan data dan penganalisisan data.

No comments:

Post a Comment