May 31, 2009

Kuliah 29 May 2009 (Lec by Pn Norsakinah)

PENGUMPULAN DATA

Pengenalan
  1. Terdapat pelbagai teknik.
  2. Walaupun menggunakan pelbagai teknik yang baik,tidak menjanjikan kualiti dapatan kajian.
  3. Penyelidikan tindakan tidak akan menjadi kecuali ianya dilakukan dengan sempurna.
  4. Sehubungan dengan itu, usaha untuk memastikan kualiti yang tinggi dalam penyelidikan perlu dipelajari dengan gigih.
3 Sebab Perlu Capai Kualiti Tinggi
  1. Tanggungjawab kepada pelajar.
  2. Keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain.
  3. Keperluan untuk membuat tindakan dan berubah kepada perkara manfaat (menambah ilmu pengetahuan) dengan melakukan penyelidikan tindakan.
Kriteria Kualiti
  1. Serupa dengan kriteria jenis penyelidikan lain.
  2. 2 rukun sains dalam senarai penyelidik dalam kriteria kualiti ialah kesahan dan kebolehpercayaan.
  3. Kedua-dua konsep ini kritikal kepada kualiti penyeldikan tindakan.
Kesahan
  1. Merujuk kepada kebenaran data.
  2. Dengan mengetahui samada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena khusus yang dikaji. Cth : pencapaian pelajar-markah (mengukur pencapaian)+ temuduga.
Kebolehpercayaan
  1. Ketepatan data.
  2. Masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil.
  3. Sehubungan dengan itu, untuk penambahbaikan data penyeldidikan tindakan, kita perlu selalu tanye: adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat realiti? dan bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data. Cth: dalam pendidikan, kurang kebolehpercayaan kerana ingin penyeldikan yang mendalam (skop pendidikan).
5 Tahap Penyelidikan Tindakan

Tahap 1 : Mengenalpasti masalah
Tahap 2 : Merancang tindakan
Tahap 3 : Mengumpul data
Tahap 4 : Menganalisis data
Tahap 5 : Perancangan untuk tindakan seterusnya

Mengumpul Data
  1. Apakah jenis data kita perlu kumpul untuk menjawab persoalan kajian.
  2. Bagaimana kita hendak memastikan terdapat pelbagai perspektif.
Alat Pengumpulan Data
  1. Pemerhatian (video tape)
  2. Nota guru dan komen
  3. Kerja pelajar
  4. Refleksi pelajar dan kerja pelajar
  5. Jurnal pelajar
  6. Ujian
  7. Tinjauan soal selidik
  8. Temuduga (audio tape)
-kalau pencapaian - ujian dan maklumbalas guru serta pelajar
-kalau melibatkan budaya - maklumbalas ibu bapa

Tugasan : kemaskini bahagian pengumpulan data dalam proposal.

No comments:

Post a Comment